Power Ranger Merah mengaku salah tikam rakan

Pelakon Ricardo Medina yang memegang watak dalam siri televisyen kanak-kanak Power Rangers, mengaku bersalah semalam, terhadap tuduhan menikam rakan sebiliknya hingga mati. 

Menurut kenyataan pejabat Peguam Daerah Los Angeles, Medina, 38, mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian dengan sengaja. 


Dalam kejadian 31 Januari lalu, Medina mengaku menggunakan pedang untuk menikam, Josh Sutter, 36. Menurut kenyataan itu, kejadian berpunca daripada perbalahan mereka mengenai teman wanita Medina yang membawa kepada pembunuhan itu.

Pelakon itu menghadapi hukuman enam tahun penjara dan tarikh jatuh hukuman ditetapkan pada 30 Mac ini. Medina yang berketurunan Puerto Rico, muncul dua kali dalam siri televisyen itu iaitu pada 2002 sebagai Cole Evans - Power Ranger Merah dan pada 2011 sebagai Deker, pemain pedang jahat.

Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/node/214232


simieY: kanak-kanak tahun 80-an membesar dengan siri power rangers bermula dari siri pertama..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com