Paderi jumpa berlian bernilai RM275 juta

Seorang paderi Kristian yang bekerja di sebuah lombong di sini menemui sebutir berlian 706 karat yang mungkin merupakan ke-10 paling besar pernah ditemui di dunia dengan nilai lebih AS$62 juta (RM275 juta) baru-baru ini. 

Sebelum ni simieY pernah berkongsi satu artikel berkenaan berlian putih yang ditemui di Anggola. Tak sangka ada yang lebih besar..
Berlian putih sepanjang 7 sentimeter bernilai RM60 juta ditemui pelombong
Read more: http://simiey.blogspot.com/2016/02/berlian-putih-sepanjang-7-sentimeter.html#ixzz4bq71EBkY


Batu berharga itu ditemui Emmanuel Momoh yang bekerja di daerah Kono, timur negara tersebut. Berlian tersebut akan dijual dalam satu proses pembidaan ‘telus’ bagi memberi manfaat kepada negara, menurut satu ke­nyataan kerajaan negara itu.

Berlian tersebut kemudian dibawa untuk dilihat oleh Presiden Sierra Leone, Dr Ernest Bai Koroma petang Rabu lalu. 

“Selepas menerima berlian itu, Koroma berterima kasih kepada pihak yang menemui batu berharga itu dan tidak bertindak menyeludup keluar dari negara,” kata kenyataan tersebut.

Kerajaan bercadang melelong berlian berkenaan. Pakar berlian, Paul Zimnisky berkata, berlian itu mungkin antara yang ke-10 paling besar pernah ditemui dan penemuan itu sangat aneh di sebuah lombong kecil.  
Menurut Zimnisky, batu itu mungkin perlu dijual di luar Sierra Leone untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi daripada pembeli. 

Tanpa penilaian profesional terhadap potensi berlian tersebut, adalah mustahil untuk menilai harga batuan berkenaan buat masa ini, tambah Zimnisky. – Agensi Artikel 

Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4bq6Gz4ZJ Hakcipta terpelihara


simieY: terkedu...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com