Mata dicungkil ibu tiri kerana kencing malam

Kencing malam..
Macam-macam yang bermain di kepala bila ia menjadi topik perbualan.
Mungkin ada yang mula mengingat pengalaman sendiri, adik-adik atau anak-anak.

Mungkin ada juga terbayang pepatung. Maklum la terdapat amalan meletakkan pepatung pada pusat anak kecil untuk mengelakkan kencing malam. 

Sejauh manakah keberkesanannya, belum ada lagi ahli sains yang mengiyakan atau menidakkan tindakan ini. Sekurangnya ini merupakan salah satu ikhtiar.

Anak kencing malam terkadang agak memeningkan dan mampu mengganggu gugat kesabaran para ibu bapa sekiranya berterusan. Maklum la kerja tambahan perlu dibuat (membasuh kain cadar, tilam, dsb..).

Terbaru terdapat satu kejadian di Zimbabwe mata seorang kanak-kanak dicungkil ibu tiri kerana kencing malam.

"wanita itu mengaku melakukan jenayah itu dan ketawa apabila polis tiba."

Berdasarkan petikan akhbar harian metro, simieY tidak menolak kemungkinan besar emosi wanita tersebut terganggu dan tidak bermaksud melakukan perbuatan tersebut.

Tapi tindakan ini amat keterlaluan dan tidak boleh diterima..


Sumber asal: Daily Mail
                               http://www.hmetro.com.my/node/214580



simieY: hanya pastikan anak gosok gigi dan kencing sebelum masuk tido..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com