Jual susu badan harga antara RM33-RM40 sehari

Kemboja menghentikan sementara pengeksportan susu badan wanita negara itu oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) selepas tersebar laporan mendedahkan kegiatan wanita miskin negara itu menjual susu mereka. 

Syarikat Ambrosia Labs yang berpejabat di Utah mendakwa menjadi yang pertama mengeksport susu badan dari luar AS untuk golongan ibu negara itu yang mahu menambah pengambilan susu bayi mereka atau tidak mampu menghasilkan susu sendiri. 

Susu berkenaan dikumpul di Kemboja sebelum dibekukan dan dihantar ke AS, tempat ia dipasturkan serta dijual oleh syarikat berkenaan dengan harga AS$20 (RM89) untuk 147 milileter. Jabatan kastam Kemboja semalam mengesahkan pengeksportan dihentikan buat sementara waktu. 


Ketua Pengarah Kastam Kun Nhem berkata: “Kami meminta syarikat itu menghubungi Kementerian Kesihatan kerana produk itu dihasilkan manusia menyebabkan ia memerlukan kelulusan. Sehingga kini mereka belum berbuat demikian.” Katanya, kerajaan akan membincangkan dasar mengenai produk berkenaan kerana ia isu sensitif. 

Minggu lalu, AFP melawat pejabat Ambrosia Labs di Stung Meanchey, kawasan miskin di Phnom Penh. Bagaimanapun, pejabat itu ditutup dan wanita yang menjual susu badan di situ berkata, mereka dimaklumkan operasi dihentikan tanpa sebarang sebab diberikan. 

Chea Sam, 30, berkata, dia menjual susu badannya sejak tiga bulan lalu selepas melahirkan anak lelaki. “Saya memerah susu enam hari seminggu dan mendapat antara 30,000 dan 40,000 riel (RM33-RM40) sehari bergantung kepada jumlah susu. 

“Saya miskin dan ini memang membantu saya menambah pendapatan. Kami semua menangis apabila diberitahu operasi dihentikan,” katanya.

Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/node/215016
simieY: bile keadaan terlalu mendesak..macam2 benda pelik orang buat sekarang ni.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com