Kerajaan jimat RM48.5 juta lepas buang lebih 20,000 pekerja hantu

Pekerja hantu yang dimaksudkan bukan la orang yang bekerja dengan hantu atau orang yang kerjanya menjadi hantu tetapi orang yang tidak wujud atau yang diada-adakan.

Tidak dapat dibayangkan apabila jumlah pekerja hantu telah dibersihkan dari pangkalan data melebihi 20,000 orang dan sebelum ini sudah 45,000 pekerja hantu dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ini merupakan petanda yang baik untuk masa depan yang lebih baik bagi seluruh rakyat negara Nigeria.

Ikuti petikan berita di bawah dan untuk berita penuh, klik link.

Kementerian Kewangan Nigeria berjaya menyelamatkan berjuta-juta dolar wang kerajaan dengan membuang lebih 20,000 ‘pekerja hantu’ dari senarai gaji kerajaan. Penyingkiran pekerja hantu itu mewakili sebahagian kecil kakitangan yang tidak wujud yang menerima gaji bulanan, menyerlahkan kegiatan rasuah di negara ekonomi terbesar di Afrika itu.


“Bayaran gaji untuk Februari 2016 menurun 2.293 bilion naira (RM48.5 juta),” kata penasihat kementerian, Festus Akanbi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya. Menurutnya peraturan pembayaran gaji yang lebih ketat akan meningkatkan belanjawan ketika pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan harga minyak global.

Selain itu, katanya, mengurangkan kos pekerja menjadi kunci utama untuk membiayai defisit bajet 2016, kerana simpanan yang dibuat akan dapat mengurangkan jumlah pinjaman. Dalam perkembangan sama, Lembaga Pencen Tentera negara itu juga menghentikan pembayaran kepada lebih 19,200 anggota yang didapati sudah mati sejak audit terakhir pada 2012.

Sejurus sebelum perubahan kerajaan Nigeria tahun lalu, sebuah jawatankuasa menentang amalan rasuah mendapati lebih 45,000 pekerja hantu di kementerian kewangan sahaja. - AFP

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119146#sthash.BhJd13aj.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com