Kantoi cuba seludup 88kg ganja guna Mercedes Benz E220

Tindakan nekad seorang warga Thailand membawa ganja seberat 88 kilogram (kg) yang disembunyikan di tempat duduk belakang kereta ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), di sini, gagal apabila ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, semalam. 

Pengarah JKDM Perlis Kamarudin Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika memandu Mercedes Benz E220 menggunakan nombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan jam 9.30 pagi.



Menurutnya, pemeriksaan menemui beberapa bungkusan plastik dalam kereta berkenaan yang dipercayai ganja. 

“Pemeriksaan menemui 88 peket plastik dipercayai ganja mampat seberat 88 kg yang disembunyikan di belakang tempat duduk penumpang yang diubah suai membabitkan nilai RM308,000.

 “Lelaki terbabit menggunakan laluan biasa dengan harapan pihak penguat kuasa tidak memeriksa kenderaannya, selain tidak menemui dadah dalam ruang rahsia kereta berkenaan,” katanya pada sidang media di Kompleks JKDM Padang Besar, di sini, semalam.

 Kamarudin berkata, pihaknya mendapat perintah reman menahan suspek 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. 

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kegiatan lelaki ini didalangi sindiket kerana percubaan membawa masuk ganja dalam kuantiti banyak adalah sangat berani. “Ia mirip modus operandi sepasang suami isteri yang ditahan Disember tahun lalu ketika membawa masuk 99kg ganja melalui ICQ Wang Kelian,” katanya.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121107?m=1#sthash.NTop6UtJ.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com