WHO nasihat tidak terima darah penderma berisiko jangkit virus zika

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menasihati negara-negara agar tidak menerima individu yang berkunjung ke kawasan terjejas virus Zika untuk menderma darah.

 Nasihat itu diberikan selepas Sepanyol mengumumkan jangkitan Zika pertama di Eropah melibatkan seorang wanita mengandung.

 WHO sebelum ini menyatakan, terdapat kaitan antara virus Zika dan sindrom mikrosefali yang menyebabkan bayi mempunyai saiz kepala dan otak kecil.

 “Berikutan risiko jangkitan baru virus Zika di banyak negara dan kaitannya dengan mikrosefali, adalah wajar sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak menerima penderma darah yang pulang dari kawasan terjejas wabak Zika,” kata WHO dalam satu kenyataan.

 Sementara itu, Kementerian Kesihatan Sepanyol menyatakan, seorang wanita hamil yang kembali dari Colombia dikesan dijangkiti virus tersebut.

 “Salah seorang pesakit yang dikesan di rantau Catalonia, timur laut Sepanyol ialah seorang wanita hamil yang me­nunjukkan simptom virus Zika selepas berkunjung ke Colombia,” kata kementerian itu sambil menambah, kini terdapat tujuh kes Zika di Sepanyol.

 Virus bawaan nyamuk itu setakat ini tersebar ke 26 buah negara di rantau Amerika Selatan dan Tengah serta Carribean, manakala pihak-pihak berkuasa memberi amaran bahawa wabak Zika berisiko menjangkiti empat juta orang dan menular ke seluruh dunia. – AFP

 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3zOel0gll Hakcipta terpelihara

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com