Wanita menangis batu sejak tujuh tahun lepas

Kedengaran agak pelik menangis batu kerana secara normalnya menangis pasangannya air mata. Apa yang dialami wanita dari China ini adalah benar dan menurut petikan berita mereka turut dikecam beberapa orang doktor yang merawatnya.

Dilaporkan kejadian serupa juga pernah dilaporkan di Yemen. Pada pandangan orang awam macam saya ni, kes ini lebih kurang sama dengan kes batu - batu yang ditemui di dalam organ lain seperti hempedu serta batu karang.

Seorang wanita di perkampungan Lufang, timur Shandong mendakwa matanya se­ring mengeluarkan batu sebesar kacang soya setiap kali dia mengalami sakit kepala. Menurut laporan The People’s Daily Online, wanita berkenaan, Ding Aihua mula mengalami kea­daan pelik itu tujuh tahun lalu apabila merasa sakit pada matanya.


Suaminya, Liang Xinchun terkejut mendapati ada sebiji batu berwarna perak pada mata isterinya dan berjaya mengeluarkan batu itu, namun beberapa minit kemudian seketul lagi batu muncul pada kelopak mata tersebut.

Dia berkata, batu itu sukar dikeluarkan dan dia terpaksa menggunakan pengepit besi kecil untuk mencungkil keluar batu berkenaan. “Kadang-kadang batu itu muncul pada bahagian atas kelopak mata atau bahagian bawah, tetapi saya terpaksa mencungkil keluar batu itu dan ini menyakitkan isteri saya,’’ katanya.

Sehingga kini lelaki itu berjaya mengeluarkan 12 ketul ‘batu mata’ dan disimpan di dalam botol kecil untuk ditunjukkan kepada doktor dan wartawan. Kata Xinchun, doktor tempatan keliru dengan simptom berkenaan dan tidak dapat merawatnya.

Pasangan tersebut telah berusaha mendapatkan rawatan di seluruh negeri itu, namun doktor-­doktor enggan mempercayai, malah menyifatkan mereka tidak jujur. Mereka mendapatkan bantuan media yang kemudian menemani pasangan itu ke Hospital Mata Aier di bandar Heze untuk dirawat. Doktor Cui Yinchun berkata, mereka tidak menemukan benda­sing dalam mata Aihua, namun wanita itu mengalami penyakit mata yang serius termasuk konjunktivitis dan trakoma.

Hospital berkenaan telah menghantar batu-batu yang diberikan pasangan untuk dianalisis oleh unit pemeriksaan. Kes berkenaan bukan yang pertama melibatkan individu yang ‘menangis batu’ kerana pada 2014 seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Yemen turut mengalami keadaan sama.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-8216-menangis-batu-8217-sebesar-kacang-soya-1.193741#sthash.v85Mm5cw.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com