Tikus makan pelan naik taraf terowong bawah tanah sabotaj usaha kerajaan atasi masalah trafik

Usaha kerajaan Belgium untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara, terjejas gara-gara pelan asal bagi menaik taraf terowong bawah tanah dimakan oleh sekumpulan tikus lapar.

Malah menurut portal The Telegraph, kerajaan terpaksa menanggung kerugian daripada segi peningkatan kos pembaikan jalan termasuk terowong utama sejauh 300 meter yang menjadi punca kesesakan teruk di bandar Brussels.

Jelas laporan itu, satu suruhanjaya khas Parlimen telah ditubuhkan untuk meneliti keseluruhan jalan terowong sepanjang 11.4 kilometer yang sering ditutup akibat runtuhan konkrit dan kualiti binaan yang semakin merosot.


Bekas pengarah agensi yang ditugaskan untuk menyelenggara terowong tersebut, Christian De Butsshcher memberitahu Parlimen, semasa zaman pentadbirannya, pelan asal terowong disimpan dalam stor di sebuah jejambat yang menghubungkan jalan dari Liege ke Reyers selama 20 tahun sejak 1989 kerana beliau tidak mempunyai tempat rasmi bagi menyimpan dokumen penting itu.

Tambahnya, pada 2010, pekerja binaan memindahkan pelan berkenaan ke sebuah stor di tempat lain tetapi dokumen terbabit telah musnah akibat dimakan tikus. “Saya pernah membangkitkan isu kesesakan trafik ini pada 2013 tentang kekurangan jurutera dan pakar, selain pertambahan kos bagi membaiki terowong berjumlah 360 juta euro (RM1.6 bilion) daripada anggaran 1 bilion euro (RM4.6 bilion) pada mulanya.

“Disebabkan pelan asal terowong itu musnah kerana dimakan tikus, masalah kesesakan trafik di Brussels tidak akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tikus-punca-kesesakan-trafik-di-belgium-1.193457#sthash.49qcsp0j.dpuf

simieY: tikus jadi kambing hitam..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com