Tiada lagi sosej bentuk zakar di Jonker Walk

Gerai yang menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di Jonker Walk, di sini, diarah menghentikan penjualan bermula hari ini.

 Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila penjualan roti sosej itu mendapat perhatian ramai sebaik dimuat naik di laman sosial. Difahamkan, gerai berkenaan mula beroperasi sejak 8 Februari lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada pemilik gerai berkenaan semalam untuk menghentikan operasi.


"Notis sudah diberikan kepada pemilik dan jika dia ingkar dan masih menjual roti berkenaan tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan.

"Ini kes pertama dilaporkan di negeri ini dan saya mengingatkan agar perniaga lain tidak melakukan tindakan sama kerana negara kita mempunyai undang-undang," katanya.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114911#sthash.IwQWLIky.dpuf

simieY: hmm..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com