Temui mutiara Quahog ungu bernilai RM2,500 dalam pasta

Kita sering bercakap tentang nasib baik atau rezeki yang tak disangka-sangka. Tapi kisah yang akan diceritakan di bawah agak menarik kerana ia hanya berlaku dalam nisbah satu dalam sejuta. 

Penemuan ini pasti telah melonjakkan nama Restoran Motalcino Ristorante Italiano secara tidak langsung dan ia satu keadaan menang-menang.

Seorang wanita menghabiskan AS$35 (RM147) untuk hidangan pasta dinikmati ketika makan malam di sebuah restoran Itali, tanpa menyangka mendapat rezeki lebih besar apabila menemui mutiara bernilai kira-kira AS$600 (RM2,500).

Lindsay Hasz yang makan bersama suaminya hampir patah gigi kerana tergigit mutiara berwarna ungu itu. “Saya menyangka ia subang milik kakitangan restoran berkenaan dan terkejut melihat ia sebenarnya permata,” katanya.

Katanya, selepas menemui mutiara itu dia membawa permata berkenaan ke pakar gemologi yang mengesahkan ia bernilai. Pengarah Institut Geologi Northwest, Ted Irwin berkata, mutiara itu spesies Quahog ungu yang jarang didapati dan boleh ditemui dalam kepah di negeri di persisiran Lautan Atlantik khususnya New England.

“Pada mulanya saya tidak percaya ketika wanita itu membawa mutiara berkenaan kepada saya kerana sudah banyak kali melihat kes seperti ini yang rupanya palsu. “Namun, alangkah terkejut apabila melihat mutiara itu memang permata sejati,” katanya.


Dia menganggarkan mutiara itu seberat lebih satu karat dan bernilai AS$600 dengan kebarangkalian menemui permata berkualiti seperti itu ‘satu dalam sejuta.’ Sementara itu, Lindsay enggan menjual mutiara itu walaupun mampu meraih untung, sebaliknya menyimpannya sebagai azimat yang akan dijadikan rantai.

Pemilik restoran berkenaan, Montalcino Ristorante Italiano, Fernando dan Cindy Nardone juga gembira dengan penemuan itu. Cindy berkata: “Ini membuktikan kami sentiasa menghidangkan yang terbaik untuk pelanggan.

“Malah, sejak berita itu diketahui penduduk tempatan, semakin ramai pelanggan yang datang memesan hidangan sama dengan harapan menemui nasib sama.”

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118169#sthash.2S4VFQOo.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com