Potong rumput guna blender isteri

Tidak perlu lagi mesin rumput untuk memotong rumput di halaman rumah, kini alat pengisar yang sering digunakan untuk mengisar cili boleh digunakan untuk melakukan tugas yang sama.

Perkara itu dibuktikan oleh seorang lelaki di sini apabila menggunakan pengisar yang diikat pada sebatang kayu untuk memotong rumput di rumahnya.



Menurut Mail Online, aksi lelaki itu yang dimuat naik dalam laman YouTube menunjukkan cara dia mengendali alat tersebut dengan hanya menekan butang yang terdapat pada pengisar ber­kenaan.

Lelaki tersebut mendakwa, dia mencipta mesin rumput baharu itu yang turut dilengkapi tempat pemegang, malah alat berkenaan lebih mudah digunakan dan mampu berfungsi dengan baik seperti mesin rumput biasa.

Walaupun alat berkenaan mampu memotong rumput dengan pantas, namun hasilnya tidak begitu memuaskan. Ini kerana rumput yang dipotong tidak rapi seperti menggunakan mesin rumput berikutan terdapat beberapa bahagian yang tidak rata.

Namun inovasi yang dihasilkan oleh lelaki berkenaan disifatkan penyelamat jika anda yang benar-benar ‘terdesak’ untuk memastikan rumput di halaman terjaga rapi.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/potong-rumput-guna-pengisar-1.185559#sthash.7jwXszxz.dpuf

simieY: pernah terfikir..tak berani buat.hahaa..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com