Pereka Grafik sahut cabaran TPM kerja cuci longkang dengan gaji RM800 sebulan

Kebelakangan ini negara masih belum reda dengan rancangan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh bagi sektor 3D. Ada yang melihat kemasukan tenaga asing secara tidak terkawal dan juga tanpa pemantauan rapi mampu menjejaskan kestabilan negara sama ada dari segi ekonomi (peluang pekerjaan semakin mengecil) amnya dan keselamatan khasnya.

 Diakui pengambilan tenaga asing di Bangladesh berkemungkinan besar hanya untuk memenuhi kuota semata-mata dan aspek latar belakang yang terpilih tidak diteliti sepenuhnya. Ini mewujudkan risiko beberapa siri kejadian jenayah yang dilaporkan di media baru-baru ini. Kebimbangan ini berasas dan perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan. Cabaran TPM kepada belia Malaysia untuk bekerja di dalam sektor 3D harus dilihat pro dan kontra.

Apa yang diperlukan adalah perangkaan yang tepat tentang statistik sebelum memutuskan apa-apa tindakan susulan. Berikut adalah petikan berita dari Malaysiakini dan untuk bacaan penuh sila klik di link.


Selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'mencabar' belia Malaysia membuat 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing datang ke negara ini, kini mereka pula mencabar timbalan perdana menteri itu untuk mengusahakan kenaikan gaji pekerja sektor berkenaan. Menurut mereka, Ahmad Zahid sepatutnya menyedari gaji asas pekerja sektor 3 D (dirty, difficult dan dangerous) tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.


 Azrolnizam Sidek yang bekerja sebagai tukang cuci longkang berkata gaji sebanyak RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. "Saya cabar beliau untuk ubah keadaan ini.

Naikkan gaji minumum daripada RM800 kepada kadar munasabah. Saya sendiri sudah menyahut cabaran timbalan perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini. Azrolnizam, 24, bukan sembarangan orang. Jika anda menyangka dia anak muda yang tiada kelulusan sehingga terpaksa menjadi pencuci longkang, ia adalah silap.

 Memiliki diploma pengurusan perniagaan, dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan menjadi sebahagian daripada jutaan warga Kuala Lumpur sejak 2014. Azrolnizam juga mahir dalam bidang fotografi dan pernah menjadi jurugambar sambilan tetapi ia tidak menjamin pendapatan yang stabil kerana permintaan untuk perkhidmatannya bermusim.

 Azrolnizam kini menjadi pencuci longkang sebuah kilang simen di Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada 19 Februari lalu timbalan perdana menteri mengumumkan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja.

 Azrolnizam berkata dia bersama pekerja lain mencuci longkang sejauh lapan kilometer setiap hari demi mencari rezeki. "Belia negara ini juga bukan pemalas seperti disangka sesetengah orang," katanya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah sebelum ini.

Kata Azrolnizam dia memiliki diploma tetapi menyahut cabaran Ahmad Zahid untuk membuktikan bahawa isu yang dihadapi sekarang bukan berpunca daripada sikap malas.

 See more : https://www.malaysiakini.com/news/331457

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com