Penyebaran virus zika melalui hubungan seks pada air mani

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan satu kes jangkitan virus Zika dipindahkan melalui hubungan seks, sekali gus meningkatkan kebimbangan wabak itu mungkin tersebar lebih cepat.

Pihak berkuasa kesihatan Texas mengesahkan virus itu disebarkan melalui hubungan seks dan bukan hanya melalui bawaan nyamuk tropika.

 Perkembangan terbaru itu meningkatkan kebimbangan di AS, Kanada dan Eropah kerana Zika sebelum ini hanya dikesan pada pelawat yang pulang dari negara terjejas.



 “Pesakit ini dijangkiti Zika selepas hubungan seksual dengan seorang individu yang sakit selepas pulang dari negara yang terjejas dengan virus itu tahun ini,” kata kenyataan pihak berkuasa Dallas.

 Pihak berkuasa itu juga memberitahu virus itu dibawa oleh seorang yang melancong ke Venezuela, dan kes kedua juga dibawa dari negara yang sama.

 Sementara itu, pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS (CDC), Dr Tom Frieden juga mengesahkan kes jangkitan melalui hubungan seks di Texas itu.

 “Seseorang yang melawat Venezuela dan dijangkiti di negara itu dan melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang tidak meninggalkan negara ini,” katanya di laman Twitter.

 Bulan lalu, CDC memberitahu, pihaknya mengesan satu kes jangkitan Zika melalui hubungan seks dan satu lagi kes virus itu dikesan pada air mani seorang lelaki selepas ia tidak dikesan pada darahnya.

 Zika yang kali pertama dikenal pasti di Uganda pada 1947 menyebabkan gejala seperti demam ringan dan ruam.

 Bagaimanapun, wabak bawaan nyamuk Aedes aegypti itu mencetuskan panik di Amerika Latin terutama Brazil selepas peningkatan kelahiran bayi dengan kepala kecil.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112381?m=1#sthash.hR452LCM.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com