Nenek kantoi sorok ecstasy dan syabu dalam coli

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara semalam menahan seorang wanita berusia 54 tahun selepas menemui sejumlah besar pil ekstasi dan syabu di dalam coli yang dipakainya.

 “Kami menahan wanita itu, Isdiani, ketika dia hendak menaiki pesawat menuju ke Balikpapan, Kalimantan.



 Sebanyak 1,500 pil ekstasi dan kira-kira satu gram syabu dijumpai di dalam colinya selepas pegawai memeriksanya,” kata pengurus Lapangan Terbang Kualanamu, Wisnu Budi Setianto kepada wartawan.

 Menurutnya, Isdiani berkelakuan mencurigakan ketika berada di pintu keselamatan.

 “Dia di arah menjalani pemeriksaan lanjut. Hasilnya, dadah itu ditemui di dalam coli yang dipakainya.

Dia ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Wisnu. - Agensi

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113362?m=1#sthash.hD36WJbV.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com