misteri mesin ATM ditinggalkan di atas jalan raya terjawab

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) cuba dilarikan penjenayah dengan cara ditarik dengan menggunakan kenderaan di Jalan Kebun, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, mesin yang diletakkan di kawasan depan kilang ditarik menggunakan kabel yang diikat pada sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, mesin ATM berkenaan diseret suspek kira-kira satu kilometer sebelum ditinggalkan di kawasan Bandar Putera, di sini, selepas kabel yang menariknya terputus.


Katanya, suspek kemudian terpaksa meninggalkan mesin berkenaan tanpa sempat membuka untuk mengambil wang di dalamnya.

Azman berkata, usaha memburu suspek kini sedang giat dijalankan.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/117106#sthash.eZ0MitVh.dpuf

simieY: tak dapat nak dibayangkan macam mana mesin atm ni boleh ditarik sejauh 1 km..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com