menyamar jadi kerusi seberang sempadan

Pendatang haram sanggup me­lakukan apa sahaja untuk ke Sepanyol termasuk mengikat tubuh mereka di bampar kereta, disumbat di bawah tempat duduk kereta serta bersembunyi di dalam tangki minyak kereta untuk mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, pegawai polis Melilla menemui seorang lelaki dari Guinea yang diikat dengan tali di bahagian bawah bampar kereta setelah menarik keluar objek tersebut.

Menurut Mail Online, ketika kejadian, pegawai polis terlibat menahan sebuah kereta jenis Renault Clio yang didaftarkan di Maghribi selepas mengesan denyutan jantung melalui alat pengesan berteknologi tinggi.


Bagaimanapun, lelaki berusia 29 tahun itu yang berkaki ayam dan memakai stokin, telah dikejarkan ke hospital selepas pihak berkuasa melihat dia sukar bernafas. Menurut jurucakap pasukan ke­selamatan Guardia Civil, Francisco Perez, keutamaan mereka adalah untuk memastikan lelaki itu mendapat rawatan yang sempurna berikutan masalah sukar bernafas dan kebas di beberapa bahagian badan.

Dua lelaki Maghribi masing-ma­sing berusia 46 tahun dan 24 tahun turut ditahan reman untuk disoal siasat, manakala pendatang yang tidak dikenali itu telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini ditahan di pusat tahanan tempatan.

Beberapa jam sebelum itu, dua lagi lelaki Guinea berusia 24 tahun dan 13 tahun ditemui bersembunyi dalam tempat duduk penumpang yang telah diubah suai pada kereta jenis Mercedez semasa cuba menyeberangi sempadan.

Pemandu dari Maghribi yang cuba melarikan diri berjaya ditahan setelah dikejar oleh pihak polis. Terdapat juga kejadian, pihak polis terpaksa memotong tangki minyak sebuah kereta setelah me­nemui lelaki di dalamnya dan terpaksa mengejarkannya ke hospital kerana terhidu asap.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sanggup-diikat-di-bampar-untuk-ke-sepanyol-1.189671#sthash.n1O5Jlwq.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com