Lelaki Thailand positif virus zika

Seorang lelaki disahkan dijangkiti virus zika ketika berada di Thailand, kata pegawai semalam, ketika seluruh dunia semakin bimbang dengan penyebaran wabak bawaan nyamuk itu.

Lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dijangkiti virus sama yang mencetuskan panik di beberapa negara seperti Brazil dan Colombia. Virus zika yang disebarkan oleh nyamuk aedes itu dipercayai punca kelahiran bayi berkepala kecil.

“Virus itu disahkan melalui ujian darah. “Pesakit ini mengalami demam, ruam dan mata merah,” kata Pengarah Hospital Bhumibol Adulyadej, Santi Srisermpoke.


“Lelaki itu telah sembuh dan dibenar keluar dari hospital,” katanya, tanpa memberitahu berapa lama pesakit berkenaan dirawat atau di mana dia dijangkiti.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan Awam, Amnuay Gajeena berkata, kemungkinan virus itu sama seperti yang ditemui di Amerika Selatan. “Bagaimanapun, ini bukannya penyakit baru di Thailand.

Kes pertama yang disahkan adalah pada 2012. “Sejak itu kami mengesan purata tidak lebih lima kes setiap tahun.

“Tiada sebab untuk panik kerana virus zika tidak pernah menjadi wabak di Thailand dan semua kes ini adalah terpencil,” jelasnya.

Nyamuk aedes aegypti yang membawa virus itu juga menyebarkan virus denggi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 9:29 AM http://www.hmetro.com.my/node/112130

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com