lelaki akar di Dhaka

Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini bertukar menjadi ‘pokok’ selepas kedua-dua tangan dan kakinya ditumbuhi ketuat seperti akar pokok.

Abdul Bajandar yang berasal dari Khulna disahkan menghidap sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai Epidermodysplasia Verruciformis sejak tujuh tahun lalu.



Penyakit itu yang merupakan sejenis penyakit kulit yang jarang berlaku menyebabkan ketumbuhan ketuat seperti akar dan kulit kayu di sekitar badan akibat jangkitan virus human papillomavirus. 

Bagaimanapun, beberapa pakar bedah di Hospital Kolej Perubatan Dhaka kini membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi membuang sebahagian besar ketuatnya jika keadaan kesihatan lelaki itu mengizinkan.

Sebelum ini, seorang lelaki dari Indonesia, Dede Koswara turut dikenali sebagai lelaki pokok kerana memiliki ketuat di bahagian kaki dan tangannya namun dia telah meninggal dunia kelmarin. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3yvRFrj5J Hakcipta terpelihara

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com