Kastam gagalkan percubaan seludup 4000 ekor anak penyu berharga RM378,891

Pembongkaran penyeludupan anak penyu hidung babi dan leher ular melalui lapangan terbang dengan menempatkannya bersama dengan ikan yang dibenarkan eksport menunjukkan ketelitian pihak kastam dalam menjalankan tugasan mereka.

Sememangnya percubaan seludup ini boleh dianggap amatur dan agak tidak dirancang dengan teliti oleh sesetengah pihak. Tetapi, tiada maklumat tambahan terperinci yang dilampirkan bersama artikel ini yang membuktikan sejak bila kegiatan ini bermula dan sudah berapa banyak percubaan yang telah dibuat dan lolos.

Ikuti keratan akhbar dibawah dan klik di link untuk berita penuh.

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menggagalkan satu cubaan menyeludup lebih 4,000 anak penyu dari spesies dilindungi ke China, kata pegawai Kastam semalam. Lebih 3,700 penyu hidung babi dan hampir 900 penyu leher ular ditemui dalam beberapa bekas di sebuah bangunan di luar Jakarta pada Ahad lalu.


“Kastam berjaya menghalang cubaan untuk menyeludup anak penyu ini dan menahan lima suspek,” kata satu kenyataan pejabat kastam lapangan terbang Jakarta. Anak penyu itu mahu diseludup ke China melalui lapangan terbang tetapi cubaan berkenaan berjaya dikesan pihak berkuasa.

Penyu yang dianggarkan bernilai AS$90,000 (RM378,891) itu disimpan di dalam beberapa bekas bersama ikan clown loach yang dibenarkan dieksport dari negara itu. Menurut kenyataan itu, anak penyu itu mahu dihantar ke Guangzhou di selatan China.

Penyu hidung babi dianggap sebagai haiwan terancam dan penyu leher ular pula adalah spesies yang hampir pupus, dan kedua-duanya popular dijadikan haiwan peliharaan. Beberapa spesies penyu juga popular di China sebagai makanan eksotik dan digunakan dalam perubatan tradisional. - AFP

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/117622#sthash.E54fqSTi.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com