Isteri kantoi miliki telefon dicerai dan ditinggalkan di luar hotel

Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas mendapati dia memiliki telefon bimbit, mengingkari arahannya supaya dia tidak menggunakan alat itu.

Si suami mengetahui mengenai telefon berkenaan apabila mereka memasuki sebuah hotel di Jazan, wilayah di selatan Saudi, dan melalui mesin pengimbas keselamatan.

Pintu pengesan itu berbunyi sebaik isterinya berjalan melaluinya, menyebabkan anggota keselamatan memintanya mengeluarkan objek logam termasuk telefon bimbit, kata satu sumber kepada portal berita Al Marsad.

“Dalam keadaan resah wanita itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik melihatnya, suaminya berang dan membawa isterinya ke tempat letak kereta di luar hotel itu.


Wanita itu mengikutinya sambil meminta maaf,” kata sumber itu.

“Mereka bertengkar dan suaminya menuduh dia menyembunyikan telefon itu dan menggunakannya untuk sesuatu yang dia tidak mahu suaminya tahu.

Lelaki itu menceraikan isterinya sebelum meninggalkan kawasan letak kereta itu,” lapor akhbar Sada. - Agensi

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115946#sthash.Dh2U5YhA.dpuf

simieY: ...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com