Ikan ada kaki dan hidung

Seekor ‘ikan alien’ ditangkap di kepulauan kecil di Caribbean membingungkan pakar yang kini berusaha mengenal pasti spesiesnya.

Makhluk itu dilaporkan mempunyai ‘kaki’ yang membolehkannya berjalan di dasar laut selain memiliki ‘hidung’ seperti manusia, namun bersisik seperti ikan.



Haiwan laut itu ditangkap di pelabuhan Windward di pulau Carriacou, tidak jauh dari Grenada. Seorang penduduk pulau itu berkata: “Semua orang mengerumuni untuk melihatnya kerana memang terlalu pelik.

“Ada juga yang takut kerana ia tidak ubah seperti makhluk dalam filem fiksyen sains ngeri.” Nelayan, Hope McLawrence, 74, yang menangkap makhluk itu dengan jalanya mengaku penemuan itu amat mengejutkan.

“Haiwan berukuran 0.6 meter itu mempunyai dua kaki dilengkapi jari, tiada sirip dan tulang belakang yang panjang dengan hidung seperti manusia di atas mulutnya.

“Seumur hidup saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Lebih pelik apabila ia mempunyai sayap dan ekor,” kata McLawrence.

Dia yang berpengalaman lebih 50 tahun sebagai nelayan percaya haiwan itu tidak mampu berenang, sebaliknya berjalan di dasar laut. “Memang mengejutkan kerana saya tidak pernah terfikir haiwan seperti itu wujud, apatah lagi di perairan kami yang cetek ini.

“Saya terasa seperti hidup dalam kisah misteri,” katanya. Haiwan itu dipercayai ‘frogfish’ spesies ikan pemangsa yang makan apa saja yang mampu ditelannya, termasuk ikan lain, ketam dan udang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:53 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112107#sthash.DX2dKLVC.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com