Ibu zalim paksa anak makan 30 ekor ikan emas mentah

Seorang ibu di Jepun memaksa anaknya memakan 30 ekor ikan emas peliharaan sebagai hukuman, kata polis semalam.

Yuko Ogata dan teman lelakinya, Takeshi Egami, ditahan selepas memaksa budak perempuan itu memakan ikan yang sudah mati Jun lalu. Suspek turut didakwa mendera budak berkenaan setiap hari.

Media tempatan berkata, pasangan yang tinggal di wilayah Fukuoka dekat barat daya Jepun, membunuh ikan itu dengan menuang serbuk pencuci ke dalam tangki.

Menurut Rangkaian Televisyen Nippon, budak perempuan itu kemudian dipaksa memakan 30 ekor ikan satu persatu.


Bagaimanapun, gadis itu tidak berdepan sebarang masalah kesihatan setakat ini. Pasangan itu dilaporkan pernah didakwa tahun lalu kerana mengikat anaknya di katil dengan tali, menumbuk muka dan mencucuh lidah dengan puntung rokok.

Ia kali kelima mereka ditahan sejak tahun lalu membabitkan penderaan kanak-kanak. - AFP Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125397

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com