Ganti 2 mesin ATM dengan sebuah jenkaut

3 hari lepas satu artikel bertajuk misteri mesin ATM ditinggalkan di atas jalan raya terjawab telah dimuatnaik di blog simiey[dot]com. Hari ini kita dikejutkan dengan berita 2 mesin ATM dicabut dan dilarikan.

Saya tertarik untuk melihat kesamaan di antara kedua - dua kejadian ini;
1- Jarak di antara kedua-dua tempat kejadian kurang dari 100 km dan di dalam negeri yang sama.
2- Kedua - dua kejadian berlaku dalam masa yang sama, sebelum subuh.
3- Mesin ATM di tarik menggunakan kabel
4- Tindakan yang nekad

Berkemungkinan ini merupakan percubaan kedua kumpulan yang sama atau satu kumpulan lain telah meniru dan menambahbaik modus operandi kejadian 3 hari lepas.

Ini hanya merupakan pandangan dari orang awam, saya yakin kes ini akan diselesaikan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat. Petikan berita penuh di bawah dan sila klik link untuk bacaan penuh. 

Kuala Selangor: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan penjenayah menggunakan jengkaut di Bestari Jaya di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, suspek dikatakan menggunakan kabel untuk mencabut mesin ATM di dalam bank berkenaan.


Sumber berkata, suspek kemudian memindahkan dua mesin berkenaan ke pacuan empat roda sebelum melarikan diri. Katanya, jengkaut yang digunakan kemudiannya ditinggalkan di hadapan bank.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

See more : http://www.hmetro.com.my/node/117971#

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com