Elak ke 26 negara berisiko dijangkiti virus zika

Kementerian Kesihatan mengesahkan sehingga kini tiada kes jangkitan virus Zika dikesan di negara ini dan menasihatkan orang ramai mengelak daripada mengunjungi 26 buah negara yang didapati terjejas dengan virus itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, berdasarkan pemantauan sehingga semalam, sebanyak 293 sampel darah daripada pesakit menunjukkan gejala denggi dan keputusan ujian bagi mengesan virus Zika didapati semuanya negatif.

“Masyarakat perlu lebih peka terhadap langkah keselamatan yang akan diumumkan oleh kementerian dari semasa ke semasa dalam melindungi diri dan keluarga daripada dijangkiti virus itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurutnya, antara 26 negara yang didapati terjejas dengan kes virus Zika ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Costa Rica, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Amerika Syarikat, Virgin Island dan Venezuela. Semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan mengisytiharkan ‘darurat kesihatan global’ berikutan peningkatan jumlah kelahiran bayi cacat di Amerika Selatan dipercayai berpunca daripada virus Zika.

Ketua WHO, Margaret Chan berkata, peningkatan kes penyakit microcephaly yang menyebabkan bayi lahir dengan kepala dan otak kecil kemungkinan disebabkan virus Zika bawaan nyamuk, sekali gus mencetuskan ‘kebimbangan antarabangsa’.

Subramaniam berkata, kementerian mengambil serius keputusan WHO itu dan menyeru semua pihak agar lebih agresif melakukan aktiviti pencegahan sama seperti tindakan mencegah denggi. Beliau menjelaskan, pesakit yang mengalami simptom virus Zika sukar dikenal pasti di peringkat awal, sebaliknya hanya boleh didiagnosis jika pesakit telah mengalami kira-kira 80 peratus simptom virus itu dalam badan mereka.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/elak-kunjungi-26-negara-terjejas-8232-virus-zika-1.186736#sthash.W3pA78UT.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com