Bina taman bunga gergasi tarik perhatian pengunjung untuk menceriakan isteri yang buta

Kerana cinta, seorang suami di Jepun sanggup menggubah kawasan lapang di rumah mereka menjadi Taman Bunga Shibazakura Gergasi di Shintomi, Miyazaki, sekali gus membuatkan isterinya yang buta dan murung, kembali tersenyum.

Lebih menarik, taman bunga ciptaan Toshiyuki Kuroki untuk isterinya, Yasuko Kuroki itu, turut menarik minat lebih 7,000 pengunjung ke taman bunganya itu pada hari yang dibenarkan sepanjang bulan Mac dan April.
   


Portal berita odditycentral melaporkan, pengunjung yang datang, kebanyakannya tertarik dengan keindahan warna ungu bunga tersebut dan bau harum yang dihasilkan, serta kisah cinta mereka. Toshiyuki dan Yasuko, dahulunya bekerja sebagai peladang tenusu di daerah Miyazaki dan mereka telah mendirikan rumah tangga selama 60 tahun.

Namun, selepas 30 tahun berkahwin, isterinya mengalami masalah penglihatan kerana menhidap penyakit kencing manis yang kronik. Tragedi itu, menjadi satu tamparan hebat buat pasangan yang mempunyai seorang anak itu, sekali gus merobek cita-cita mereka untuk mengembara ke seluruh Jepun selepas bersara.

Oleh kerana terlalu sedih atas nasib yang menimpa, Yasuko mengasingkan diri. Bagi menceriakan kembali hidup isterinya, Toshiyuki merancang menjayakan impian isterinya untuk mengembara di seluruh Jepun.

Pada suatu hari Toshiyuki mendapat ilham dan teringatkan pokok bunga shibazakura yang ditanam di kebun mereka. Bunga berwarna merah jambu terang berbau harum dan amat cantik dipandang itu merupakan bunga kegemaran isterinya.

Dia berfikir untuk menanam bunga shibazakura itu di sekeliling rumah mereka seperti ladang bunga? Lebih banyak bunga itu ditanam, lebih ramai pengunjung yang akan tertarik untuk singgah di rumah mereka dan menemankan isterinya.

Lagipun, bau bunga itu yang harum amat menyenangkan isterinya. Sejak saat itu, suami penyayang itu terus berhenti menternak lembu tenusu dan menanam lebih banyak bunga shibazakura sehingga tumbuh melata dan warna merah jambu mula membanjiri perkarangan rumahnya.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suami-bina-taman-untuk-isteri-buta-1.193082#sthash.aMzdre7p.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com