Berlian putih sepanjang 7 sentimeter bernilai RM60 juta ditemui pelombong

Sebutir berlian, dipercayai satu daripada yang terbesar pernah ditemui, dijumpai di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Berlian putih yang hampir sempurna itu ditemui pelombong sebuah syarikat Australia di kawasan terpencil di Lunda Norte, wilayah di timur laut Angola. Menurut Syarikat Berlian Lucapa, batu permata itu seberat 404 karat dan bernilai kira-kira £10 juta (RM60 juta).

Pengurus syarikat, Miles Kennedy memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), berlian itu ialah yang terbesar pernah ditemui di Angola.



Berlian berukuran tujuh sentimeter panjang itu mengatasi rekod yang pernah dicatatkan berlian 217 karat ‘Angola Star’ yang ditemui pada 2007.

Syarikat itu yang melombong di kawasan itu sejak Ogos tahun lalu percaya permata itu adalah yang ke-27 terbesar pernah dicatatkan. - Agensi

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115754#sthash.z4u6u4Es.dpuf

simieY: sapa sangka bumi Africa kaya dengan mineral. tapi...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com