Berjemur tanpa coli di Pantai Telok Kemang

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes empat wanita dipercayai pelancong asing yang berjemur dalam keadaan separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4 dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baharudin Mustapha berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam. "Kita sedang mengenal pasti identiti dan kewarganegaraan kesemua mereka.

Pada masa yang sama kita juga akan memanggil beberapa orang saksi bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam kejadian pukul 2 petang semalam, kesemua wanita berkenaan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30an berjemur dalam keadaan separuh bogel iaitu tanpa memakai coli di atas tikar dalam cuaca panas di pantai berkenaan.

Kelakuan kesemua wanita berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung pantai berkenaan. Ekoran itu, seorang Pegawai Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson dekat sini kirakira pukul 8.30 malam tadi.

Jelas Baharudin, buat masa ini usaha mengesan kesemua wanita berkenaan masih lagi dijalankan dan pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab Khalid Mat berkata, pihaknya turut kesal dengan kejadian berkenaan dan memandang serius perkara itu.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/utusan/Jenayah/20141018/je_03/Kes-bogel-Polis-buka-kertas-siasatan#ixzz3z4wTPbnS © Utusan Melayu (M) Bhd

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com