Beli air mani dengan harga RM13,100 satu picagari elak hukuman mati

Empat pengawal penjara disoal siasat selepas didakwa membantu menghamilkan seorang banduan untuk membolehkan dia mengelak hukuman mati.

Nguyen Thi Hue, pengedar dadah yang menanti hukuman mati di sebuah penjara di Vietnam, menghamilkan dirinya dengan air mani yang dibelinya dengan harga AS$3,100 (RM13,100) dari seorang rakan banduan, lapor akhbar Thanh Nien News.

Keempat-empat pengawal penjara itu digantung tugas atas tuduhan cuai, selepas penyiasat mendapati Nguyen Tuan Hung memberikan picagari mengandungi air maninya dua kali kepada Hue pada Ogos tahun lalu.

Hue, 42, hamil selepas menggunakan air mani itu dan dijangka melahirkan kandungannya April depan. Undang-Undang Vietnam menetapkan, wanita hamil atau ibu yang anaknya berusia kurang daripada 36 bulan, tidak boleh dijatuhi hukuman mati.


Dalam kes Hue, memandangkan hukuman mati telah diputuskan oleh hakim, ia akan dikurangnya dan dipinda kepada penjara seumur hidup.

Ini bukan kali pertama di Vietnam wanita bersubahat dengan pengawal untuk mengambil kesempatan terhadap undang-undang yang tidak jelas.

Pada 2007, dua pengawal dipenjarakan selepas didapati bersalah membiarkan seorang wanita yang dihukum mati mengadakan seks dengan banduan lelaki dan kemudiannya hamil. - Agensi

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115929#sthash.5yAkEfNH.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com