Bapa maut dibelasah guru dan tukang masak pertahan anak minta nasi tambah

Hanya kerana meminta nasi tambah semasa waktu rehat, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dibelasah dengan teruk oleh tukang masak di sebuah sekolah di India baru-baru ini.

 Lebih malang lagi, bapa kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Mohamed turut maut dibelasah sekumpulan guru selepas mangsa mempertahankan tindakan anak­nya, Kasheeda.


Menurut portal Mail Online, kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Rajkiya Prathmik Vidyalaya di negeri Bihar pada 10 Februari lalu apabila Kasheeda pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas dibelasah oleh tukang masak.

 Ibu Kasheeda, Rukhsana berkata, suaminya ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung insiden itu, tetapi dibelasah oleh tiga guru termasuk guru besar sekolah.

 Enam bulan lalu, anak lelakinya pernah dicampak ke bumbung sekolah dan patah tulang kaki kerana meminta makanan lebih.

 Menurut Rukhsana, jirannya bertindak menghubungi pihak polis susulan kejadian yang menimpa suaminya, tetapi pihak berkuasa lambat bertindak menahan suspek.

 “Sekumpulan individu berpengaruh tampil menyalahkan kami sekeluarga terhadap kematian suami saya dan kami pernah dipaksa agar tidak memanjangkan kes yang berlaku pada anak lelaki saya sebelum ini,” katanya.

See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/dipukul-hanya-kerana-minta-nasi-tambah-1.192631#sthash.gavBF0yg.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com