Arnab betina lahirkan anak gajah

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana seekor arnab betina boleh melahirkan anak gajah. Ramai juga yang sedang mencongak beza saiz di antara kedua-dua haiwan ini. Kebarangkaliannya?

Ya, tidak logik untuk perkara seperti ini berlaku jika difikirkan dengan akal yang waras. Apa yang mahu dikongsikan ini ialah satu penyakit yang digelar kecelaruan genetik.

Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah ia merupakan kes berulang di lokasi yang sama. Munginkah kawasan tersebut terdedah kepada "sesuatu"...
Petikan berita adalah seperti di bawah dan sila klik link untuk berita penuh.

Seekor arnab di sini melahirkan anak menyerupai gajah yang dipercayai berpunca daripada kecelaruan genetik. Pemilik arnab berkenaan, Mohammed Saad Qadeeh berkata, dia terkejut melihat haiwan itu dan berkata, arnabnya sebelum ini melahirkan sembilan anak yang sihat.


“Pakar haiwan memberitahu saya, ia mungkin disebabkan kecelaruan genetik. “Ini kali pertama saya melihat kes seperti ini selepas sekian lama memelihara haiwan itu,” kata Mohammed Saad.

Akhbar tempatan bagaimanapun melaporkan, ia bukan kes pertama. Tahun lalu, seekor arnab di sebuah ladang berlainan di Gaza melahirkan anak yang juga menyerupai gajah. - Agensi

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118453#sthash.Zxz51Ofc.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com