2116 wanita mengandung dijangkiti virus zika

Kira-kira 2,116 wanita mengandung di negara ini dijangkiti virus Zika, ketika penyebaran virus yang dipercayai menyebabkan kerosakan otak kepada bayi baru lahir itu meningkat.



Institut Kesihatan Nasional me­laporkan, kes berkenaan adalah sebahagian daripada 20,297 kes jangkitan Zika yang dicatat di Colombia setakat ini. Laporan itu yang disiarkan di buletin institut tersebut menjadikan Colombia negara kedua paling teruk terjejas akibat virus itu selepas Brazil dikesan menjadi pusat penyebaran epidemik terbabit.

Jelas institut tersebut, sejumlah 1,050 kes jangkitan Zika di Colombia disahkan menerusi ujian makmal, ujian klinikal (17,115), dan kes disyaki Zika (2,132). Wanita juga muncul golongan paling banyak dijangkiti Zika di negara ini apabila mencatat sebanyak 63.6 peratus kes.

Kerajaan Colombia menjangkakan, lebih 600,000 akan dijangkiti virus Zika tahun ini, manakala lebih 500 kes kelahiran microcephaly diramal berlaku. Kesan virus bawaan nyamuk aedes itu tidak membahayakan nyawa, tetapi dipercayai mempu­nyai kaitan dengan peningkatan kes microcephaly, keadaan di mana bayi dilahirkan dengan kepala dan otak kecil.

Microchephaly adalah penyakit tidak boleh dirawat dan boleh menyebabkan kesan kekal kepada perkembangan pergerakan dan kognitif kanak-kanak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini memberi amaran, virus berkenaan tersebar meluas di benua Amerika dengan tiga hingga empat juta kes dijangka dilaporkan tahun ini. – AFP

Post asal : http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zika-2-116-wanita-hamil-dijangkiti-1.185570

simieY: semoga penyelesaian kepada isu ini ditemui segera..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com