Thailand masih mampu bendung virus zika

Kerajaan Thailand memberitahu hanya satu kes jangkitan virus zika dilaporkan di negara itu pada tahun ini dan yakin mampu membendung wabak berkenaan.



Virus bawaan nyamuk itu menyebabkan kecacatan kelahiran termasuk banyak kes bayi dilahirkan dengan kepala yang kecil di Brazil. Wabak itu mencetuskan panik di Brazil apabila kerajaan mengerahkan lebih 200,000 askar untuk menghapuskan nyamuk punca virus berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin berkata, virus itu merebak dengan sangat pantas dan mungkin menjangkiti empat juta orang di benua Amerika. Virus zika disebarkan melalui nyamuk Aedes yang turut menjadi punca demam denggi, demam kuning dan penyakit tropika lain.

Ketika ini tiada rawatan atau vaksin untuk virus berkenaan. Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Amnuay Gajeena berkata, hanya satu kes jangkitan zika dilaporkan pada tahun ini dan risiko ia merebak juga rendah.

“Thailand adalah sebuah negara bersaiz sederhana dan mempunyai sistem kesihatan awam yang baik serta kemudahan perubatan yang mudah diakses,” katanya. Kementerian Kesihatan Awam memberitahu, zika kali pertama dikesan di Thailand pada 2012 dan menyaksikan purata lima kes setahun.

Bagaimanapun, penolong profesor di Jabatan Perubatan Tropika, Universiti Mahidol di Bangkok, Kriengsak Limkittikul berkata, maklumat mengenai zika di negara itu belum mencukupi. “Kini hanya menunggu masa sebelum lebih banyak kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan,” katanya.

Pada awal bulan ini, Taiwan melaporkan satu kes jangkitan zika dari seorang lelaki yang datang dari utara Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2016 @ 5:09 AM
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111234#sthash.Ftz69rZJ.dpuf

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com