Paksa isteri bogel di jalan raya kerana curang

Seorang lelaki yang mendapati isterinya menghantar gambar bogel kepada lelaki lain bertindak memalukannya dengan memaksanya berjalan dalam keadaan telanjang bulat di jalan raya di sini. 

Rakaman video menunjukkan wanita itu pada mulanya memakai tuala sebelum lelaki itu menyuruhnya menanggalkannya, sekali gus mendedahkan seluruh tubuhnya kepada orang ramai. 


Di dalam video berkenaan, lelaki itu - dipercayai suaminya boleh didengar berkata: 

“Berhenti dan tanggalkan tuala itu. 

“Wanita cantik seperti kamu, dengan tujuh lelaki. Kamu patut dihukum. 

“Sekarang semua orang boleh lihat! Sekarang semua orang boleh lihat!” 

Wanita itu cuba melindungi kehormatannya dengan kanvas yang digunakan untuk menutup sebuah motosikal tetapi dihalang oleh lelaki berkenaan. 

Menurut maklumat bersama video itu, lelaki berkenaan mendapati wanita itu berbalas mesej dengan beberapa lelaki dan berkongsi gambar bogelnya meskipun ia tidak dapat disahkan. 

Video itu kemudian dimuat naik di laman LiveLeak.com dan mencatatkan lebih 9,000 tontonan dalam tempoh lapan jam. 

Seorang penonton berkata: 

“Saya tidak tahu apa yang dia lakukan dan saya tidak peduli. Tiada siapa berhak dimalukan sebegitu.” - Agensi 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 8:34 AM - 
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108976#sthash.KfjxU44P.dpuf


simieY: betapa hampanya hati seoran suami...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com