Otak bayi tertusuk jarum mengait

Seorang bayi yang jatuh ke atas jarum mengait sehingga jarum berkenaan tertusuk pada otaknya berjaya diselamatkan apabila doktor mengeluarkan objek itu, semalam.



Man Man yang berusia kurang tiga tahun, dilapor bermain di luar rumahnya di Nanchang di wilayah Jiangxi apabila kejadian berlaku. Dia dikejarkan ke hospital serta-merta.

Menerusi X-ray, doktor mendapati cangkuk jarum berkenaan menembusi soket matanya dan tersangkut pada otak Man Man.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Yu, berkata, Man Man bermain di luar rumah sementara dia dan ibunya duduk tidak jauh.

Menurut laporan, jarum itu tertusuk pada mata Man Man selama tiga jam sebelum ibu bapanya membawanya ke hospital.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111459#sthash.SCA5bafB.dpuf

simieY: bila melibatkan otak, agak risau kesan jangka panjang..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com