Lelaki Nepal raba kemaluan dan dada

Lelaki warga Nepal ditahan selepas mencabul wanita tempatan yang mempromosikan kad prabayar di restoran di Bandar Tasik Kesuma, di Beranang, kelmarin. Dalam kejadian 8.30 malam, mangsa berusia 23 tahun itu dipeluk dari belakang. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek berusia 21 tahun itu meraba kemaluan dan bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meronta dan menjerit. 

"Tiga rakan kerja mangsa yang melihat kejadian itu, terus menahan suspek dan membawa ke balai polis," katanya ketika ditemui, petang tadi. 

Menurutnya, suspek yang bekerja di kilang berhampiran lokasi kejadian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106811#sthash.sGrtB8BE.dpuf


simieY: Mohon sentiasa berwaspada apabila berada di khalayak ramai sebab biasanya ramai yang akan cuba ambil kesempatan. Tidak kira warganegara mana atau bangsa apa...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com