Lelaki Bali cipta tangan robotik guna komponen terpakai

Seorang lelaki yang cacat akibat lumpuh sebelah tangan kini menjadi inspirasi apabila berjaya mencipta satu tangan robotik dari komponen terpakai untuk membantunya bekerja dan mencari rezeki semula. 

Wayan Sumardana, 31, berkata, tangan kirinya lumpuh selepas diserang strok enam bulan lalu hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja. Dia yang bekerja sebagai tukang kimpal di sebuah bengkel besi di Banjar Tauman di sini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang masih kecil. 

“Sejak itu saya merancang membina tangan robotik dan dengan pengetahuan elektronik serta carian di Internet saya memulakan projek ini. “Robot ini saya bina menggunakan beberapa komponen terpakai dari motosikal hinggalah peralatan elektronik dalam komputer,” katanya. 



Menurutnya, dia membina lima tangan robotik dan yang terakhir barulah dia berjaya mencipta alatan yang berfungsi dengan baik. Lebih menarik lagi tangan robotik yang dicipta Wayan itu digerakkan dengan menggunakan isyarat otak. 

“Alat ini belum sempurna lagi, tetapi ia mampu membantu saya bekerja semula. “Tangan robotik ini bukan sahaja mampu menggerakkan tangan kiri saya, tetapi ia boleh mengangkat beban yang sangat berat,” jelasnya. 

Menurutnya, dia perlu fokus dan menumpukan perhatian untuk mengerahkan tangan robotik itu. - Agensi - 

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108707#sthash.LuZ4a7xI.dpuf

simieY: terkadang kita dipaksa untuk menjadi lebih kreatif untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com