Hisap 30 batang rokok daun sehari rahsia panjang umur

Seorang wanita berusia 112 tahun mendakwa umurnya panjang kerana dia menghisap rokok. Batuli Lamichhane yang dilahirkan pada Mac 1903 mengaku menghisap 30 batang rokok sehari sejak 95 tahun lalu.



Tambahnya, tabiat itu bermula ketika dia berusia 17 tahun dan ia membantunya hidup lebih lama berbanding penduduk lain di kampungnya, termasuk anaknya.

Katanya: “Saya tidak peduli berapa usia saya, tetapi saya sangat tua. Saya sudah menyaksikan banyak perkara sepanjang hidup saya.” Biarpun mencecah usia 112 tahun, Batuli tidak putus-putus merokok - hingga 30 batang sehari. “Saya merokok sejak 95 tahun lalu.

Merokok tidak salah,” katanya. Bagaimanapun, dia menasihatkan supaya tidak menghisap rokok yang dibuat secara komersial, sebaliknya mencadangkan rokok buatan tempatan yang dikenali sebagai beedi, tembakau yang dibungkus dalam daun tendu.

Suaminya meninggalkannya 80 tahun lalu selepas berhijrah ke India untuk mencari kerja. Anak sulungnya pula berusia 85 tahun. Empat anaknya yang lain sudah meninggal dunia dan dia turut mempunyai beberapa cicit.

Percakapan Batuli kebanyakannya tidak jelas, namun cicitnya memberitahu, neneknya mampu melakukan kerja harian sendiri. Dia kini hidup atas derma yang disumbangkan oleh kuil Hindu di situ.

Batuli percaya ada rahsia tertentu untuk hidup panjang. “Orang zaman moden berdepan terlalu banyak tekanan. Mereka yang tidak mahu bekerja atau hidup menyendiri diri pada usia tua tidak akan hidup lama. Untuk itu, anda perlu aktif dan bebas daripada tekanan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 12:32 PM
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110768#sthash.JBwpzzwh.dpuf

simieY: kecik2 dulu hisap rokok daun kosong ja...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com