Harga milo ais RM6.70

Harga cekik darah. Itu menggambarkan tindakan beberapa restoran di bandar ini yang menjual minuman seperti Milo ais pada harga RM5 hingga RM6.70 segelas sehingga membebankan pengguna.





Susulan aduan pengguna, sepasukan anggota dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di bandar ini, pagi semalam.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor Yusof Bakar berkata, pada pemeriksaan itu, dua restoran diberi notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengambil keuntungan berlebihan.

Beliau berkata, pengurusan restoran menjual minuman pada harga lebih tinggi daripada yang sepatutnya dan mereka perlu memberi justifikasi harga minuman itu dalam tempoh seminggu.

“Notis yang dikeluarkan hari ini (semalam) dibuat kerana kami mendapati harga minuman yang dijual mahal daripada sepatutnya. Ada sebuah restoran menjual Milo ais pada harga RM6.70 segelas dan ia mahal daripada kebiasaan.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110083#sthash.i1SJvwWo.dpuf

simieY: isu ni ada pro dan kontra kalau penilaian diambil dari pelbagai sudut..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com