Buaian Gunggung tidak selamat, IKEA tarik balik produk telah dijual

Gedung beli-belah terkemuka, Ikea meminta mana-mana pelanggannya yang telah membeli produk buaian kanak-kanak Gunggung untuk segera mengembalikannya. 


Menurut Pengurus Kawasan Perniagaan untuk produk kanak-kanak di Ikea, Cindy Andersen, pihaknya telah menerima laporan insiden yang menunjukkan kelengkapan gantung pada buaian Gunggung tidak memenuhi syarat kualiti dan boleh mendatangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak. 


 “Kami memperkembangkan produk untuk merangsang kreativiti dan keperluan semula jadi kanak-kanak untuk permainan fizikal. Kanak-kanak tidak memikirkan tentang keselamatan ketika bermain, jadi kami perlu melakukannya apabila kami membangunkan produk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 Tambahnya lagi, kesilapan masih boleh berlaku walaupun reka bentuk dan pemasangannya dibuat mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan. Menurut rekod, produk tersebut telah dijual di Ikea Malaysia sejak 1 April 2014. 

Sehubungan dengan itu, pihaknya menarik semula produk buaian Gunggung untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. “Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan untuk bayaran balik penuh,” jelasnya lagi. 

Ikea juga menyatakan kesediaannya untuk memberi bayaran balik secara penuh kepada para pelanggan yang memulangkan produk tersebut. 

Sumber asal : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ikea-tarik-balik-buaian-gunggung-dari-pasaran-1.317290

simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com