Kerajaan AS ditutup kerana hutang?

Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan. Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.

Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara. "Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu," lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.


Dalam pada itu, Kongres AS perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan penutupan operasi kerajaan. Selain meningkatkan siling hutang AS melepasi angka AS$16.7 trilion dalam masa dua minggu lagi. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan risiko negara kuasa besar itu tidak dapat membayar hutang-hutangnya.

"Jika AS mungkir membayar hutangnya, negara itu akan hilang kredibiliti di mata dunia," kata pensyarah Pusat Kajian AS Universiti Sydney, David Smith. "Jika dilihat begitu banyak hutang yang terkandung dalam sistem ekonomi AS, ia akan mendatang kesan buruk (di dalam dan luar negara)," tambahnya.

Dalam pada itu, ketua-ketua kewangan Eropah turut melahirkan kebimbangan penutupan kerajaan AS akan mengancam ekonomi negara itu dan ekonomi dunia. Setakat ini, krisis di Washington itu memaksa ratusan ribu kakitangan awam bercuti tanpa gaji, muzium-muzim ditutup manakala penyelidikan saintifik turut terbantut. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2giW5TkDu Hakcipta terpelihara

simieY: entri pertama selepas sekian lama menyepi. Adakah Malaysia turut mempunyai risiko seperti di atas? Simpan jawapannya dalam hati yer. hehee..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com