Mohon Suaka di Britain elak jadi Isteri ke-14 Raja Mswati III, Swaziland

Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya.

Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.

Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza. “Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya. “Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.


Menurut Tintswalo, dia sedar jika memberi persetujuan menjadi isteri Mswati III, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada raja itu. Seperti isteri lain Mswati III, dia akan ditempatkan dalam istana dengan dijaga pengawal peribadi dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin. Satu-satunya lawatan yang dibenarkan Mswati III kepada isterinya ialah mengunjungi Amerika Syarikat setahun sekali untuk membeli-belah.


Justeru, Tintswalo nekad mengetepikan hidup dan pendidikannya yang selesa di sebuah sekolah berasrama swasta dan merancang melarikan diri ke England. Kata Tintswalo, rancangan itu dilakukan dengan bantuan ibu saudaranya. “Saya tak ada pilihan. “Tiada sesiapa pernah menolak kemahuan raja sebelum ini atau mengingkari hajatnya,” katanya.

Akhirnya Tintswalo meninggalkan Swaziland dan menuju ke England untuk menetap bersama ibunya yang sudah ke Birmingham lima tahun sebelum itu. Ibu Tintswalo meninggalkan Swaziland untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang suka mendera.

Sejak tiba di England, Tintswalo menjadi pengkritik utama kepada rejim Swaziland - negara yang mengharamkan parti politik dan aktivis pula ditahan atau diganasi dari semasa ke semasa. - Daily Mail 

Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isterike-14RajaMswati_/Article


simieY: isk³..kesian kat dia

Comments :

3 comments to “ Mohon Suaka di Britain elak jadi Isteri ke-14 Raja Mswati III, Swaziland ”

Anonymous said... on 

However, there are times when taking a meaningful rest isn't an option. It is that you simply simple way to recruit people.

Feel free to surf to my site szambo

Anonymous said... on 

This decrease across cargo managing shrinks loss or damage,
and in addition increases security.

Visit my web page - szamba betonowe

Anonymous said... on 

The second best benefit about MSM cornea drops is that they are really bad.
Then test everything on your face by dropping particular drop into your eye.



my web blog ... szamba betonowe

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com