Menyamar Psy hadiri Festival Filem Cannes Ke-66

Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai bintang rap Korea Selatan, Psy pada festival filem Cannes di sini. 

Lelaki itu turut bergambar dengan sejumlah peminat dengan dia dilihat meminum bersama pengurus Psy, Scooter Braun.

Namun, Psy yang berada di Singapura untuk membuat persembahan pada Khamis lalu berkata, Braun menghantar gambar lelaki itu kepadanya selepas menyedari kehadiran penyamar tersebut.

Menurut satu sumber, penyamar itu yang dikenali sebagai Denis Carre, 34, hadir dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda, sut biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam.

"Dia diiringi oleh tiga pengawal peribadinya," kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar The Sun. Lelaki bertubuh gempal itu turut bergambar bersama beberapa bintang terkenal termasuk aktres filem James Bond, Naomie Harris.


mana satu yang ori?

"Ia kelihatan seolah-olah kita telah ditipu, itu bukan Psy sebenar," tulis Harris dalam laman Twitternya selepas menyedari dia dipermainkan.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, melakar sejarah di laman YouTube apabila klip video Oppa Gangnam Style mencatatkan lebih 1.6 bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2US1Daqqf Hakcipta terpelihara

simieY: nampak bezanya kan. isk³..

Comments :

1
Anonymous said... on 

Turn the printer back on and let it run through. Cleaning up now probably you more
needing to get started next spring when the next wind storm warms up.



Have a look at my page prywatny detektyw warszawa

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com