studio yoga di lapangan terbang pertama di dunia

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah bilik yang pernah menjadi stor penyimpanan barang kini merupakan bilik untuk senaman yoga selepas ia dibuka pada minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk para penumpang.

Bilik itu terletak selepas pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.

Para pegawai lapangan terbang percaya bilik itu yang dilengkapi dengan cermin dinding merupakan studio yoga pertama dunia di lapangan terbang. - Agensi


SEORANG penumpang, Maria Poole (kanan) dan Lindsay Shepard melakukan senaman yoga di dalam sebuah bilik di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 27 Januari lalu.

Sumber asal: Kosmo! Online


Info tambahan:

Yoga (Bahasa Sanskrit: योग , IAST: yóga, IPA: [joːgə]) merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan salah satu dari enam fahaman ortodoks (āstika) dalam falsafah Hindu.

Cabang-cabang yoga utama termasuk Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga, dan Hatha Yoga. Raja Yoga yang disusun dalam Sutra Yoga Patanjali, dan dikenali sebagai yoga begitu sahaja dalam konteks falsafah Hindu, merupakan sebahagian tradisi Samkhya.

Banyak lagi kitab Hindu yang membincangkan aspek-aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.

Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit banyak maknanya seperti "menggabung", "menyatukan", "kesatuan", "gabungan", atau "kaedah" serta diterbit dari kata akar yuj, yang bererti "mengawal", "menyangga" atau "menyatukan". Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan asananya (postur) atau bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan (berunsur Hindu), adalah bertentangan dengan syariat Islam.

Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.

Majlis Fatwa Malaysia telah mengeluarkan fatwa bahawa senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan Hindu boleh membawa kepada kesyirikan dan dengan itu adalah haram.

Sumber asal: wikipedia


simieY: sikit masa lagi, ada gim di airport.hehee..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com