soal jawab penerangan dan maklumat berkaitan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M)

Beberapa hari yang lepas simieY ada buat satu entri bertajuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) dibuka mulai 30 Januari.

Setelah mengambil kira keywords yang visitor taip di google search, simieY dapati masih ramai yang masih belum jelas berkenaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M).

Sebenarnya kerajaan telah bangunkan satu laman web khas untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M, klik untuk maklumat selanjutnya mengenai laman web Sara1M.

Berikut soal jawab berkenaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) dan penerangan yang dipetik dari laman web Sara 1M.



Tinjauan:

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.



Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.


Ciri - ciri istimewa skim:
  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Ciri - ciri pinjaman:
  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
  1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
  2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
  3. Peserta didapati muflis; atau
  4. Peserta meninggal dunia.


Kelayakan

1- Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara
    18 hingga 58 tahun
2- Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3- Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4- Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain
    Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar
6- Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana
    unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan
    atau kurang dari RM10,000
7- Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
8- Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I
    sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15%; dan
  • Lain-lain - 5%
9- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Definisi isi rumah

Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  • Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.


Dokumen diperlukan
Dokumen Utama
  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)


Dokumen Sokongan
  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan

          - Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini
             ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
          - Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan
            perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada
   Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan
   Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen


Soalan lazim:

Ciri - ciri skim

1. Apakah syarat-syarat skim pinjaman yang ditawarkan?
Amaun pinjaman yang ditawarkan adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah bagi tujuan membeli 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I. Ciri-ciri khas Skim ini membolehkan para peserta membayar balik hanya bayaran minimum secara ansuran melalui 60 bayaran bulanan. Tempoh pembiayaan adalah 5 tahun.

2. Adakah penyelesaian awal pinjaman dibenarkan?
Penyelesaian awal pinjaman adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pra-bayaran oleh para peserta adalah dibenarkan.

3. Apakah yang akan berlaku sekiranya peserta program Skim ini tidak dapat
   menjelaskan bayaran bulanan?
Peserta yang gagal menjelaskan sepenuhnya bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut akan terkeluar daripada program Scheme. Peserta akan menerima unit-unit AS 1Malaysia yang bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima.

4. Apakah yang akan terjadi sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh
   program Skim ini?
Peserta yang meninggal dunia akan terkeluar daripada program Skim ini secara automatik. Waris boleh menuntut unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima. Penyertaan dalam program Skim ini tidak boleh dipindah milik.

5. Apakah yang akan berlaku pada akhir tempoh pinjaman?
Peserta akan menerima unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar sepanjang tempoh pinjaman bersama insentif terkumpul bulanan, sekiranya insentif tersebut tidak dikeluarkan dari akaun peserta. Para peserta boleh menambah pelaburan peribadi dalam AS 1Malaysia (sekiranya unit masih ada).


Kriteria kelayakan

1. Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?
    a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara
       18 hingga 58 tahun;
    b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara
        RM500 hingga RM3,000;
    c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh
        penyertaan dalam skim;
    d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain
        Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin
       (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
    e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana
        tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul
       adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.


Cara - cara memohon

1. Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?
    Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu
    cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah
    lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank
    untuk disemak dan dipertimbangkan.

    **Tertakluk kepada pindaan

2. Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?
    Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.

3. Berapa lamakah tempoh permohonan?
    Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau
    sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?
   Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang
  disahkan seperti berikut:
   a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
   b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
   c. Bukti pendapatan:
       - 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
       - 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini

5. Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?
    Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.


Ciri ciri skim

1. Apakah syarat-syarat skim pinjaman yang ditawarkan?
   Amaun pinjaman yang ditawarkan adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah bagi
   tujuan membeli 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I. Ciri-ciri khas
   Skim ini membolehkan para peserta membayar balik hanya bayaran minimum secara
   ansuran melalui 60 bayaran bulanan. Tempoh pembiayaan adalah 5 tahun.

2. Adakah penyelesaian awal pinjaman dibenarkan?
   Penyelesaian awal pinjaman adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun,
   pra-bayaran oleh para peserta adalah dibenarkan.

3. Apakah yang akan berlaku sekiranya peserta program Skim ini tidak dapat
   menjelaskan bayaran bulanan?
   Peserta yang gagal menjelaskan sepenuhnya bayaran bulanan selama tiga bulan
   berturut-turut akan terkeluar daripada program Scheme. Peserta akan menerima
   unit-unit AS 1Malaysia yang bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah
   dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima.

4. Apakah yang akan terjadi sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh
   program Skim ini?
   Peserta yang meninggal dunia akan terkeluar daripada program Skim ini secara automatik.
   Waris boleh menuntut unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan
   yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima. Penyertaan dalam program
   Skim ini tidak boleh dipindah milik.

5. Apakah yang akan berlaku pada akhir tempoh pinjaman?
   Peserta akan menerima unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran
   bulanan yang telah dibayar sepanjang tempoh pinjaman bersama insentif terkumpul
   bulanan, sekiranya insentif tersebut tidak dikeluarkan dari akaun peserta.. Para peserta
   boleh menambah pelaburan peribadi dalam AS 1Malaysia (sekiranya unit masih ada).


simieY: baca dengan teliti dan fahami, sekiranya berminat melabur. disaran agar tidak bertangguh kerana nilai pelaburan hari ni dengan sebulan kemudian tidak akan sama (pesanan ikhlas dari perunding unit amanah berlesen.hehee...)

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com