saintis hasilkan tomato hitam 'black galaxy'

TEL AVIV: Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.

Untuk menghasilkan buah yang dinamakan ‘Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.

Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.



Syarikat yang menghasilkan tomato spesies baru itu, Technological Seeds, pakar dalam menghasilkan sayur hibrid.


“Selain warna, tomato itu juga mempunyai kelebihan antioksida,” kata seorang petani syarikat berkenaan.

Malah, seorang penyelidiknya berkata, ia mungkin mengandungi lebih banyak khasiat memandangkan pigmen unik itu mempunyai kandungan kepekatan antioksida dan vitamin C yang tinggi yang diketahui boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Buah ganjil itu adalah kacukan tomato kultur dan hutan. Ia akan dipasarkan di hotel terkemuka kerana warnanya yang unik.

Ada kemungkinan ia boleh diperoleh di pasaran tempatan dalam masa setahun.

Buah tomato ganjil itu akan mula dipamerkan kepada orang ramai minggu depan di Pamerah Pertanian Arava. Ekspo berkenaan juga akan mempamerkan lemon tanpa biji, spesies terbaru strawberi, lemon merah dan lobak pelangi yang berwarna kuning, ungu dan merah jambu. - DM

sumber asal: my Metro

simieY: tomato kulit hitam isi merah..teringat manggis.huhuu..

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com