rakyat Bangladesh bawa balik RM3.62 bilion Januari 2012

sejak 10 tahun kebelakangan ni, bilangan pekerja asing di negara meningkat secara mendadak.

kalau kita perhatikan, industri sama ada kecil atau besar amat bergantung kepada pekerja asing.

simieY berani kata sedemikian kerana simieY bekerja di kilang industri kecil dan turut berdepan dengan masalah ni (bergantung kepada pekerja asing).

kemana perginya tenaga kerja tempatan??


DHAKA 3 Feb. - Rakyat Bangladesh yang bekerja di negara-negara asing telah membawa pulang AS$1.22 bilion (RM3.62 bilion) sepanjang Januari lalu, iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh sebulan.

Pengarah Eksekutif Bank Pusat Bangladesh, Ahsan Ullah berkata, nilai tersebut meningkat 25 peratus berbanding Januari 2011 dan enam peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya yang berjumlah AS$1.15 bilion (RM3.47 bilion).
"Kejatuhan nilai mata wang Bangladesh berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) sejak awal 2011 menyebabkan kebanyakan mereka (pekerja Bangladesh) lebih rela membawa pulang pendapatan mereka ke negara sendiri. Keadaan ini baik kepada ekonomi negara dan meningkatkan rizab mata wang asing kami yang bermasalah," katanya kepada AFP. - AFP

sumber asal: Utusan Online






Info tambahan:

Jumlah Statistik Pekerja Asing Sah Dan PATI Yang Telah Didaftarkan Menerusi Program 6P (sehingga 31 Ogos 2011)dan terakhir dikemaskini pada Selasa, 06 September 2011 20:20;
Pekerja asing sah = 1,016,908 orang
Pekerja asing tanpa izin (PATI) = 1,303,126 orang

Sumber asal: Jabatan Imigresen Malaysia


simieY: rumah sewa pekerja Bangladesh sebelah rumah simieY...

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com