pemilik agensi pelancongan dalang keldai dadah

Tiada sesiapa yang menyangka dalang satu sindiket yang disyaki menggunakan enam keldai dadah untuk menyeludup 75 kilogram (kg) barangan terlarang bernilai RM18.7 juta itu sejak empat bulan lalu rupa-rupanya seorang wanita Melayu berusia 43 tahun.

Dengan berselindungkan statusnya sebagai pemilik sebuah agensi pelancongan, wanita itu bersama teman lelakinya, seorang pelajar kolej warga Nigeria berusia 28 tahun merancang operasi sindiket terbabit dengan begitu berjaya sehingga dapat membolosi kawalan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebanyak 25 kali dalam tempoh empat bulan lalu.

Mereka melatih enam rakyat tempatan, lima lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 20-an untuk menjadi keldai dadah dan pada masa yang sama, bekerja di agensi pelancongan terbabit.


Setiap seorang daripada keldai dadah itu disyaki telah keluar negara sebanyak empat atau lima kali sejak empat bulan lalu.

Mereka kemudian membawa masuk dadah dalam bagasi masing-masing dengan menyalahgunakan kemudahan lorong hijau di KLIA untuk melepasi pemeriksaan Kastam.


Bagaimanapun, taktik licik mereka berakhir selepas dua daripada keldai dadah itu ditahan ketika mahu menyerahkan hasil penyeludupan terbaharu kepada wanita tersebut dan kekasihnya di sebuah rumah di Kepong pada 14 Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber asal: kosmo!online


simieY: sah2 la tali gantung

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com