pasaran kalkulator Malaysia dipelopori Canon

PENGGUNAAN kalkulator masih lagi relevan di negara ini di sebalik perkembangan peranti mudah alih yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Bahagian Kalkulator, Bahagian Sistem Produk Pengguna Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon), Edward Chang berkata, walaupun penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet menjadi trend, kalkulator masih relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat.


“Tumpuan jualan kalkulator kepada sektor pendidikan dan perniagaan masih tinggi,” katanya selepas mengumumkan pemenang Peraduan Kira & Menang yang dianjurkan Canon di Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang statistik jualan kalkulator di negara ini.


“Kami menganggap sektor pendidikan sebagai aset penting kepada perniagaan kami malah Canon turut mengedarkan kalkulator kepada 70 peratus industri perbankan setakat ini,” katanya.


Beliau memaklumkan, Canon turut menguasai hingga 50 peratus pasaran kalkulator yang mana industri pendidikan antara penyumbang terbesarnya.

“Malah, bahagian kalkulator turut menyumbang empat peratus kepada pendapatan keseluruhan Canon di negara ini,” katanya.

dah hampir 5 tahun simiey guna kalkulator ni kat tempat kerja.hehee..

Sementara itu, pemenang Peraduan Kira & Menang Canon, Tang Mei Kiew, 75, membawa pulang sebuah Perodua Myvi 1.3L EZ selepas menewaskan lebih 2,000 peserta lain.

Peraduan terbabit turut menawarkan hadiah tiga unit kamera EOS 60D, Powershot G12, 18 pencetak Canon Inkjet dan 99 kalkulator.

Sumber asal: myMetro Online

simieY: yakin dengan produk keluaran Canon

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com