gadis dan janda sasaran sindiket rekrut keldai dadah

Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau berniaga secara kecil-kecilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket dadah itu adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.

“Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, wanita-wanita yang bergaji kecil atau mempunyai masalah dalam kewangan diyakini lebih mudah direkrut menjadi keldai dadah.

Noor Rashid memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.


“Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti China seramai 13 orang, Indonesia (13), New Zealand (10), Thailand (5), Singapura (3) dan seorang masing-masing Australia, Belanda, Argentina, Macau dan Pakistan.

Kata beliau lagi, keldai dadah itu tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket itu demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.

sumber asal: Kosmo! Online


info tambahan:

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap.

Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Sindiket penjenayah antarabangsa akan menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah di Asia.Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Wanita berusia 20-30an yang tidak mempunyai rekod jenayah dan menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah.
Wanita Malaysia termasuk pelajar IPT terjebak dengan cinta warga asing terutama dari Afrika dan Iran.

Pada 2006,rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis negara asing kerana kesalahan mengedar dadah. Antara Januari-Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta 'jejaka Lombok', 'Pak Arab' dan terkini penangan cinta 'Pak hitam'.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menyatakan bilangan keldai dadah pada 2009 berkurang kepada 20 orang sahaja. 2008 (45 orang) dan 2007 (54 orang). Ini adalah hasil kempen penerangan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Agensi ini menerangkan modus operandi sindiket ini di institusi pengajian tinggi dan tempat awam khusus kepada golongan wanita.

sumber: wikipedia


simieY:

Popular Posts

Blog List

 
simiey[dot]com

Blogger Template by Blogger Mbojo Share In Premium Wordpress Themes and Blogger Template | Host In Blogger.com